Isnin, 25 Januari 2016

Pendapatan Pasif vs Pendapatan Aktif, yang mana satu pilihan kita?





Salam Sejahtera, kali ini coreten saya berkisar kepada penerangan mengenai 
pendapatan pasif(Passive Income) & pendapatan aktif(Active Income), mungkin ramai yang tak tahu perbezaan antara kedua-dua jenis pendapatan ini, terutamanya bagi mereka yang selalu atau sangat bergantung kepada makan gaji sebagai sumber pendapatan. Anda boleh merujuk kepada pakar kewangan atau buku-buku untuk mencari definasi kedua-duanya secara ilmiah. Apa yang saya ingin sampaikan disini adalah berdasarkan pemahaman saya dalam bahasa yang lebih mudah difahami.


Pendapatan Aktif

Adakah anda sedang bekerja? Tak kiralah samada anda bekerja untuk orang lain(makan gaji) atau bekerja sendiri(jadi tauke), bila mana anda menggunakan tulang empat kerat anda itu, maka pekerjaan yang anda buat itu sebenarnya memberikan pendapatan secara aktif kepada anda atas sebab ‘keaktifan’ anda melakukan kerja anda itu.

Maka dengan itu pendapatan anda itu diklasifikasikan sebagai Pendapatan Aktif. Kalau anda seorang

doktorjuruteragurupenyeliajururawateksekutifManager atau CEO, gaji yang anda terima itu dinamakan Pendapatan Aktif. Ataupun anda seorang peniaga, usahawan, kontraktor, bekerja sendiri itupun dikira pendapatan Aktif.Wang yang anda terima dari jualan,perkhidmatan atau kontrak yang anda berikan juga termasuk dalam Pendapatan Aktif. Jumlahnya mungkin RM 500, 3000, 10000,200000 atau 1 juta setiap bulan atau setiap hari! Selagi mana anda mampu kerja,duit masuk kepada anda. 
Bila anda berhenti dari melakukannya, duit pula akan berhenti masuk! Anda buat anda dapat,tak buat tak dapat dan anda perlu melakukannya berulangkali.Jika ditakdirkan anda tidak lagi mampu bekerja(hilang upaya atau diberhentikan) adakah duit masih masuk?(walapun dulu gaji anda RM 20,000 sebulan)

Sebenarnya dalam sektor pekerjaanlah berada dalam RISIKO Paling Besar kerana jika anda tidak dapat bekerja lagi maka anda hilang pendapatan dan kita tiada kebebasan masa. Ia boleh diumpamakan sebagai “Bucket Carrier”atau Pengangkut Baldi. Ia memperdagangkan Masa untuk Wang – Angkut Baldi(kerja sebulan) dapat upah sebulan, Angkut Baldi Seminggu(kerja seminggu) dapat gaji @ pendapatan untuk seminggu.

Justeru itu bolehlah disimpulkan, bahawa pendapatan aktif adalah pendapatan yang diperolehi hasil dari titik peluh anda sendiri dimana ia memerlukan kehadiran, tumpuan serta keringat anda di tempat tersebut sebelum ianya dibalas dengan pemberian gaji. Jadi sekiranya anda tidak hadir atau tidak melakukan kerja, maka anda akan menerima gaji yang setimpal atas tindakan anda itu tadi.Secara kesimpulannya Pendapatan Aktif: Anda dibayar berdasarkan masa anda bekerja.(Lebih 90% orang kerja makan gaji!)

Pendapatan Pasif
Pendapatan pasif sifatnya berlawanan dengan pendapatan aktif. Ianya adalahsesuatu yang anda lakukan sekali dua tapi makan hasilnya banyak kali. Walau anda berhenti dari melakukannya, duit masih mengalir masuk kepada anda walaupun nilainya tidak seberapa. 
Jadi, pendapatan pasif tu adalah pendapatan yang kita terima secara berulang kali tanpa memerlukan kita membuat kerja tersebut setiap hari. 
Dalam kes ini boleh diumpamakan sebagai Pipeline Builder atau Pembina Saluran Paip1 unit Kerja = 1 Aliran Pendapatan Berterusan

Kerja yang dilakukan secara sementara tetapi memberikan satu bentuk pendapatan berterusan malahan ada yang boleh meningkat dari masa ke semasa walaupun kita sudah berhenti melakukannya. Ini bermakna kita boleh dapat kebebasan masa dan jaminan pendapatan serta mewariskanya.

Berikut adalah beberapa jenis punca pendapatan pasif yang boleh anda buat kajian :
  • Pelabur yang mendapat dividen bulanan atau tahunan
  • Pencipta lagu yang menerima royalti daripada lagu mereka
  • Penulis yang menerima royalti daripada buku tulisan mereka
  • Agen insuran yang mendapat pendapatan sampingan
  • Pengusaha gayapos/internet yang mendapat keuntungan berterusan
  • Ahli jualan langsung(Network Marketing) yang menerima komisen mingguan / bulanan
  • Pelakon yang mendapat bayaran royalti
  • Usahawan yang mendapat keuntungan bisnes
  • Pencipta software yang menerima royalti
  • Pencipta permainan video mendapat royalti
  • Penjual senarai nama yang mendapat yuran sewaan
  • Pemilik hartanah yang menyewakan rumah atau tanah
Contoh pendapatan pasif adalah dengan membeli aset seperti rumah.

Dengan rumah, ianya akan memberikan anda pendapatan pasif setiap bulan sekiranya rumah itu disewakan kepada orang lain.

Tetapi tidak semua orang mampu untuk membeli serta memiliki rumah. Jika ada, cuma itulah satu-satunya rumah yang mampu dimiliki dan sudah tentulah rumah itu menjadi kediaman mereka.

Kebiasannya pendapatan pasif berasaskan aset seperti rumah hanya mampu dimiliki oleh orang-orang yang berada.


Pendapatan pasif berasaskan produktiviti produk.

Pernah anda lihat mesin dobi automatik?

Atau mesin air mineral di tepi-tepi jalan atau di hadapan kedai-kedai runcit?

Itu juga salah satu pendapatan pasif yang mana kita tidak memerlukan tenaga yang banyak atau tidak perlu bekerja untuk mendapatakan hasil daripada mesin-mesin tersebut.

Tetapi modal untuk memulakan perniagaan 'self-selvice' ni bukan kecil juga. Cecah ribu ringgit.

Mudah kata, pendapatan pasif ini tidak memerlukan kita bekerja untuknya untuk mendapatkan pendapatan atau hasil.

Rahsia kekayaan yang sebenar bukanlah terletak kepada berapa banyak wang yang dimiliki tetapi kebebasan yang mereka miliki.

Mereka bebas untuk:
  • menonton wayang & ‘menginternet’ di bila-bila masa dimana saja
  • sarapan pagi & baca harian metro diwarung Mak Jemah!
  • bersantai dipantai Port Dickson tanpa gangguan!
  • shopping tanpa perlu beratur atau bersesak-sesak!
  • melihat anak-anak membesar!
Secara KesimpulanPendapatan Pasif: Anda kerja sekali tetapi dapat dibayar tanpa henti! (Kurang 10% gunakan teknik ini!)
Dibawah adalah berbezaan antara Pendapatan Aktif vs Pendapatan Pasif :-
passive income vs active income table
Jadi, mana lagi best, Pendapatan Aktif ke Pendapatan Pasif. Anda yang tentukan kerana pilihan ditangan anda. Kalau anda rasa anda boleh buat kerja(aktif bekerja) sehingga umur anda 80 atau lebih, anda buatlah kerja yang berpendapatan aktif. Saya memilih untuk pendapatan Pasif, BERSARA pada usia muda tetapi duit MASYUK!!
Nasihat saya jika anda kini bergantung sepenuhnya pada pendapatan aktif, masanya sudah tiba untuk anda mencuba pendapatan pasif yang saya senaraikan diatas tadi.
Sebab itulah saya menjalankan perniagaan Tone Excel ini. Kerana di Tone Excel, saya nampak potensinya untuk saya memiliki pendapatan pasif di masa hadapan walau pun pada mulanya saya perlu bekerja dengannya.. Dengan modal yang hanya RM90, rasanya tidak sukar untuk saya keluarkan demi kebaikan masa depan saya.

Apa yang anda perlu lakukan ialah meluangkan sedikit masa untuk meneliti 


Sahabat semua akan terkesima melihat isi didalamnya.

ANDA AKAN DAPAT DUIT YANG SANGAT BANYAK
SETIAP BULAN TANPA HENTI
HANYA DENGAN DUDUK DIRUMAH SAHAJA.


Kredit:hAFIZI